BAHASA MELAYU TAHUN 6

Search This Blog




Bahagian C merupakan ' killer', kerana ramai calon yang tidak mampu mendapat tinggi dalam bahagian ini.  Ini  kerana ramai calon yang tidak mampu menguasai berkaitan dengan ayat-ayat yang mengandungi nilai-nilai murni   dalam petikan juga cara menjawab soalan yang berbeza-beza.  Bahagian ulasan ini memperuntukkan 20 markah.

Dalam bahagian ini apa yang calon perlu tahu ialah apakah nilai murni yang terdapat dalam petikan.  Untuk mendapatkan nilai murni tersebut calon mestilah faham akan setiap baris ayat dalam petikan kerana dalam ayat tersebutlah terselitnya nilai-nilai murni dan calon hendaklah menjelmakan nilai tersebut.  Setelah ayat itu dapat dicari nilainya, serta jelmakan ia, maka calon perlulah mengulas petikan ini dalam satu perenggan.  Apa yang calon perlu tahu, untuk membentuk ulasan yang baik setiap ayat perlu ada kata kunci pengajaran, nilai murni, huraian serta contoh dan disambung dengan penanda wacana.  Penggunaan penanda wacana adalah penting agar ulasan calon itu lebih gramatis.


Read More …



Calon mesti menjawab satu soalan karangan daripada tiga soalan yang diberi, pemilihan soalan bagi menjawab soalan karangan ini adalah penting agar calon dapat mengembangkan soalan tersebut agar ia dapat menghasilkan sebuah karangan yang baik dan mampu mendapat skor yang tinggi.Bahagian ini memperuntukkan 30 markah.


Tips Menulis Karangan

Tiga langkah utama


1.  Persediaan -  Memilih dan menganalisis tajuk karangan dan skopnya.
                       -  Menentukan pembacaan sasaran
                       -  Menentukan maklumat atau isi

2.  Penyusunan -  Menyediakan rangka karangan
                         -  Mengembangkan isi penting dalam rangka karangan menjadi perenggan

3.  Penyemakan -  Menyemak keseluruhan format karangan
                          -  Menyemak isi - mengesan isi yang tertinggal, tidak tepat, atau yang perlu ditambah
                          -  menyemak aspek bahasa - kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan perkataan   dan  struktur ayat.



Contoh rangka karangan keperihalan.

Soalan - Kamu telah mengunjungi pasar malam di tempat kamu bersama-sama dengan ibu kamu.
Perihalkan suasana di pasar malam tersebut.


Pendahuluan :
setiap hari Ahad - pasar malam di tempat saya - berkunjung bersama-sama ibu


Cadangan Isi :
a)  5.00 petang - 10.00 malam - banyak peniaga - pelbagai barangan
b)  Sesak dengan pengunjung - berhimpit - himpit - riuh -rendah
c)  Membeli pelbagai barang - harga lebih murah
d)  Tiga jam membeli-belah - amat penat - berpatah balik - membeli mihun


Penutup :
Ketika meninggalkan pasar malam - masih banyak pengunjung - keletihan










Read More …



Soalan Bahagian A wajib dijawab oleh setiap  calon UPSR, dalam bahagian ini memperuntukkan 10 markah diberikan.  Calon dikehendaki membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.  Ayat yang lengkap dan gramatis akan mendapat 10 markah.  Pembinaan ayat yang gramatis mestilah mempunyai isi atau aktiviti berpandukan gambar yang diberi, siapa atau watak  dalam gambar, dimana aktiviti  itu diadakan, dan kenapa aktiviti itu dijalankan.  Jika calon boleh memuatkan semua maklumat tersebut calon semestinya akan dapat membentuk ayat yang gramatis.

Read More …

UPSR merupakan satu peperiksaan yang sangat penting untuk murid tahun 6, ia merupakan kemuncak seseorang murid sekolah rendah yang akan menamatkan pengajiannya selama enam tahun berada di sekolah rendah. Dalam menjawab soalan peperiksaan UPSR, seseorang murid itu perlu tahu akan format peperiksaan tersebut.

Subjek Bahasa Melayu mempunyai dua kertas iaitu kertas Pemahaman dan kertas Penulisan.
Kertas Pemahaman mempunyai  40 soalan yang terdiri daripada soalan objektif.

Kertas Penulisan pula mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian A ( Memindahkan Maklumat), Bahagian B (penulisan karangan) dan Bahagian C ( Mengulas Petikan).

Dalam Bahagian Pemahaman calon diberikan 40 soalan, dibawah merupakan contoh soalan pemahaman ( kertas 1) UPSR.  Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan berikut .













Read More …